Tuesday 24 April 2012

Bayar Ansuran Kereta Dengan Emas


kereta salut emas
Pernah sekali saya update status FB saya mengenai bayar ansuran kereta dengan emas. Selepas pada itu ramai yang bertanya saya bagaimana nak buat. So, posting kali ni saya ceritakan basic bayar kereta dengan emas.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah membeli emas berharga sama dengan ansuran bulanan kereta anda. Contoh, jika ansuran bulanan kereta anda ialah RM1,000, anda perlu beli emas dengan harga RM1,000. Jika harga emas RM200 per gram, anda akan dapat 5 gram emas.
Satu lagi yang anda perlu ambil perhatian, emas yang hendak di beli adalah yang boleh di pajak di Arrahnu. Di sini saya cadangkan emas keluaran Public Gold iaitu i-series atau pun barang kemas keluaran Sinar Gold atau Lite Gold. Setelah anda membeli emas tersebut, anda perlu bawak emas tersebut dan pajakkan emas tersebut di Arrahnu berhampiran. Dapatkan pinjaman 50% dari nilai emas tersebut.
Setelah anda dapatkan wang pinjaman, anda perlu tambah wang anda sendiri untuk membayar ansuran kereta. Jadi disini anda akan tambah lagi RM500 untuk membayar pinjaman tersebut. Anda perlu lakukan seperti ini sehingga habis ansuran kereta anda. Cuma pada bulan ke-enam, anda perlu tebus dulu emas yang anda pajak pada bulan pertama, pajak semula dengan nilai pajakan 60%. Kemudian barulah anda bayar kereta anda dengan menambah RM400 kepada duit pinjaman yang anda dapat tadi.
Jadi, bayangkan jika setiap bulan anda beli emas sebanyak 5 gram, 5 tahun sudah tentu anda sudah ada 300 gram ataupun emas anda bernilai RM60,000. Tu kalau harga emas tak bergerak la. Mustahilkan? Mungkin pada masa tu kereta ada sudah pun tersusut nilainya. Jadi sebenarnya anda sudah cover susutnilai tu dengan kenaikan harga emas.
Ok. Penerangan saya ni mungkin ramai yang tak faham. Maklumlah bercerita dalam karangan memang susah nak faham. Kalau one to one boleh gak saya explain detail. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut lagi anda semua boleh la pergi ke seminar-seminar anjuran Bizmambau berdekatan dengan tempat anda.

No comments:

Post a Comment